Sunday, March 25, 2007

Animasi Keselamatan Jalan Raya

Kami menyediakan pelajaran beranimasi yang menghiburkan ini khas untuk anda. Adalah diharap pelajaran ini akan diingati dan bermanfaat kepada anda ketika di jalan raya.
Untuk menonton animasi ini, anda memerlukan pemain Macromedia Flash. Jika anda belum mendapatinya, anda boleh muat turunnya dengan percuma di sini.

Topi Keledar Kanak-kanakBelajar membeli sarapan pagi adalah satu tugas yang amat sukar bagi Bobby.
klik untuk menonton animasi ini

Topi Keledar Dewasa Kehidupan dan kematian seumpama bergantung kepada seutas tali.
klik untuk menonton animasi ini

Berhenti Ketika Lampu Merah Undang-undang Murphy telah dilaksanakan kepada penguna-pengguna jalan raya yang tidak mahu mengikut undang-undang jalan raya.
klik untuk menonton animasi ini

MencelahLihat bagaimana penunggang motosikal ini merubah nasibnya daripada terlampau bergaya sehingga membawa kecelakaan.
klik untuk menonton animasi ini

Pejalan Kaki Kanak-kanakBukan setakat mengikat kanak-kanak sahaja, terdapat berbagai cara lain untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak di jalan raya.
klik untuk menonton animasi ini
Hakcipta dan Pengecualian Syarat Penggunaan

Pendidikan jalan raya tidak bebankan guru - NUTP

KUALA LUMPUR 16 Mei - Elemen pendidikan keselamatan jalan raya yang diserapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu mulai tahun depan tidak akan membebankan tugas guru, sebaliknya berupaya menjadikan proses pengajaran dan pelajaran lebih berkesan.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan (NUTP), Ismail Nihat berkata, elemen tersebut bukan sahaja meningkatkan kemantapan bahasa malah membantu pelajar merencana segenap aspek kehidupan seharian.
Menurutnya, mata pelajaran Bahasa Melayu tidak terhad kepada pembelajaran bahasa semata-mata tetapi penerapan nilai-nilai murni diyakini dapat mengukuhkan penggunaan bahasa.
``NUTP menyambut baik cadangan tersebut dan melihat elemen berkenaan sebagai usaha menambah baik penggunaan Bahasa Melayu di samping menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar,'' katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelmarin, memutuskan untuk menjadikan program pendidikan keselamatan jalan raya sebagai salah satu elemen pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mulai tahun depan.
Rancangan jangka masa panjang tersebut juga akan melibatkan empat tahap pelajaran iaitu murid-murid tahun satu hingga tiga; tahun empat hingga enam; tingkatan satu hingga tingkatan dua dan tingkatan empat, sebagai langkah mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya di negara ini.
Ismail menambah, penerapan nilai tersebut tidak akan membebankan tugas guru dan menambah keperluan tenaga pengajar selagi elemen tersebut hanya diselitkan sebagai komponen mata pelajaran, bukannya suatu mata pelajaran baru.
Malah, guru-guru juga disarankan supaya menghayati pendidikan keselamatan jalan raya bagi membantu merealisasikan matlamat kerajaan untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya, katanya.
Ismail bagaimanapun berkata, dalam masa yang sama, Kementerian Pelajaran perlu menilai cadangan tersebut memandangkan ia perlu mengubah isi kandungan buku teks, sekali gus memungkinkan peningkatan kos percetakan buku teks baru

Petua Keselamatan Jalan Raya


8 Petua Keselamatan Jalan Raya
1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

Jalan Raya

Jalan raya ialah jalan besar atau main road yang menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain. Biasanya jalan besar ini mempunyai ciri-ciri berikut:
Digunakan untuk kenderaan bermotor
Digunakan untuk orang awam
Dibiayai oleh badan awam
Pengunaannya tertakluk kepada undang-undang pengangkutan
Secara umumnya sistem jalan raya bagi sesebuah negara diklasifikasikan kepada:-
Lebuhraya
Jalan raya kebangsaan ataupun laluan persekutuan
Jalan raya negeri atau wilayah
Jalan perbandaran
Jalan-jalan lain termasuk jalan kampung dan jalan estet